🏛️ Tentang Kami

Ruang untuk belia,
komuniti & masa depan.

Pusat Komuniti Rakyat Padang Rengas (KOMRAT) merupakan platform komuniti yang menghimpunkan belia dan masyarakat melalui pelbagai program pembangunan, kesukarelawanan, sukan, pendidikan dan kebajikan.

MENGENAI KAMI

Belia • Komuniti • Madani

KOMRAT berperanan sebagai ruang yang menghubungkan inisiatif masyarakat, memperkasa potensi belia dan menggalakkan aktiviti yang memberi manfaat secara langsung kepada komuniti setempat.

Daripada aktiviti sukan dan program belia kepada kebajikan, pendidikan dan kesukarelawanan, kami percaya perubahan yang baik bermula daripada komuniti yang saling menyokong.

“

"Membina komuniti yang aktif, prihatin dan sejahtera demi masa depan Padang Rengas yang lebih baik."

Bangunan KOMRAT Padang Rengas
KOMRAT · PADANG RENGAS Tentang Kami
Pejabat KOMRAT Padang Rengas
HAB KOMUNITI Pejabat KOMRAT
01
Belia Ruang berkembang & memimpin
02
Komuniti Aktiviti, kebajikan & kerjasama
03
Madani Nilai, hormat & kesejahteraan
Visi & Misi

Satu arah, banyak gerak kerja.

Membina masa depan Padang Rengas yang berdaya tahan, inklusif dan sejahtera berlandaskan aspirasi rakyat.

VISI
Menjadi pusat komuniti yang memperkasa belia dan masyarakat ke arah komuniti MADANI yang progresif, inklusif dan berdaya saing.
Progresif Inklusif Berdaya Saing
MISI · 3 TERAS TINDAKAN
01

BELIA

Kepimpinan & Bakat

Memperkasa potensi belia melalui kepimpinan, sukan, pendidikan dan kesukarelawanan.

02

KOMUNITI

Kebajikan & Komuniti

Mengukuhkan hubungan masyarakat melalui aktiviti kemasyarakatan, kebajikan dan pembangunan komuniti.

03

MADANI

Ihsan & Kesejahteraan

Menyokong aspirasi masyarakat dengan nilai perpaduan, hormat-menghormati, ihsan dan kesejahteraan rakyat.

PENDAFTARAN DIBUKA SEKARANG

Sertai Program & Aktiviti Komuniti

Rebut peluang menyertai pelbagai kejohanan, inisiatif belia dan aktiviti kemasyarakatan anjuran Pusat Komuniti Rakyat (KOMRAT) Padang Rengas.

Hitung Detik Rasmi KONGSOR TRAIL FUN RUN 2026
TAMAT PENDAFTARAN 21 Okt 2026, 11:59 PM
00 HARI
:
00 JAM
:
00 MINIT
:
00 SAAT

Baki masa untuk melengkapkan borang & tebus baucar

HARI H PELEPASAN ACARA 31 Oct 2026
00 HARI
:
00 JAM
:
00 MINIT
:
00 SAAT

Pelepasan rasmi KONGSOR TRAIL FUN RUN 2026

PENDAFTARAN PROGRAM RASMI

KONGSOR TRAIL FUN RUN 2026

Sertai KONGSOR TRAIL FUN RUN 2026 anjuran KOMRAT Padang Rengas. Pendaftaran dibuka untuk semua warga dan belia setempat. Sila lengkapkan maklumat melalui borang dalam talian untuk mengesahkan penyertaan anda.

Mod Penyertaan Individu
Kadar Yuran RM 50.00 / orang
Tarikh Tutup 21/10/2026
Lokasi Tempat Acara Berlangsung
Padang Rengas, Perak • Peta Interaktif Rasmi
Buka Google Maps
Greenstone Campsite
Syarat & Ketentuan Penyertaan Rasmi

Dengan menyertai program ini, saya mengesahkan perkara berikut:

  • Saya berumur 18 tahun dan ke atas serta sihat sepenuhnya dari segi fizikal dan mental untuk menyertai larian berhalangan/denai ini.
  • Saya menyertai acara ini secara sukarela dan bersedia menanggung sendiri sebarang risiko kecederaan, kemalangan, atau kehilangan harta benda.
  • Saya telah membaca, memahami, dan terikat dengan semua Terma & Syarat yang ditetapkan oleh penganjur.
  • Saya melepaskan hak untuk menuntut sebarang pampasan, ganti rugi, atau pemulangan yuran daripada pihak penganjur sekiranya berlaku kecederaan kepada diri saya, atau sekiranya acara ini diubah, ditunda, atau dibatalkan akibat faktor keselamatan.

Tandakan pengakuan di atas untuk membuka borang. Pengesahan kedua diperlukan dalam borang.

Poster Program Besar
Sorotan

Sorotan program komuniti.

Detik-detik terpilih daripada program KOMRAT Padang Rengas. Klik mana-mana sorotan untuk menonton video terus di halaman ini.

Galeri Kami

Momen Bersama Komuniti.

Selak album untuk melihat kenangan daripada pelbagai program dan aktiviti kami. Klik mana-mana gambar untuk paparan penuh.

MUKA SURAT 01 - GALERI PROGRAM

GALERI PROGRAM

TEAM SERVE KOMRAT | GOTONG ROYONG BANJIR

14 Oktober
9.00 Pagi
Kampung Jarau

Alhamdulillah, selesai sudah program gotong-royong pasca banjir di rumah Puan Fahatima Hassan, penduduk wanita Kampung Jarau.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang hadir bersama-sama menghulurkan bantuan serta tenaga bagi membersihkan kawasan rumah yang terjejas akibat banjir. Semangat kerjasama yang ditunjukkan ini amat bermakna dalam membantu meringankan beban yang ditanggung oleh Puan Fatimah sekeluarga.

Semoga usaha kecil ini dapat membantu memulihkan keadaan rumah seperti sediakala dan memberi sedikit kelegaan kepada keluarga yang terkesan. Inilah semangat kebersamaan yang perlu terus kita pupuk, sentiasa prihatin, saling membantu dan tidak membiarkan mereka yang ditimpa kesusahan menghadapi ujian bersendirian.

Terima kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat atas komitmen, masa dan tenaga yang diberikan. Semoga segala usaha dan kebaikan ini diberkati serta menjadi manfaat kepada masyarakat setempat.


Muhammad Kamil Bin Abdul Munim
Penyelaras Pusat Komuniti Rakyat Padang Rengas

01
02
MUKA SURAT 03 - GALERI PROGRAM

GALERI PROGRAM

Ziarah Kasih Madani

TEAM KOMRAT | ZIARAH KASIH

3 Oktober 2026
4.00 Petang
Kampung Chegar Galah & Changkat Jambu

03
04
MUKA SURAT 05 - GALERI PROGRAM

GALERI PROGRAM

Baik Pulih Rumah

TEAM SERVE KOMRAT | BAIK PULIH Rumah

25 September 2026 | 1.00 Petang
Kampung Bendang Selinsing

05
06
MUKA SURAT 07 - GALERI PROGRAM

GALERI PROGRAM

Baik Pulih Rumah

TEAM SERVE KOMRAT | BAIK PULIH RUMAH

29 September 2026
12.00 Tengahari
Kampung Bendang Selinsing

07
08
MUKA SURAT 09 - GALERI PROGRAM

GALERI PROGRAM

Baik Pulih Rumah

TEAM SERVE KOMRAT | BAIK PULIH RUMAH

26 September 2026
10.00 Pagi
Kampung Bendang Selinsing

09
10
MUKA SURAT 11 - GALERI PROGRAM

GALERI PROGRAM

Sumbangan Kepada Komuniti

TEAM KOMRAT | KAMPUNG CHEGAR GALAH

Alhamdulillah, hari ini Team KOMRAT berkesempatan untuk turun padang dan menyampaikan sumbangan bahan binaan kepada My Komuniti Perikanan (MYKP) di Kampung Chegar Galah. Sumbangan ini merupakan salah satu usaha untuk membantu memenuhi keperluan komuniti serta menyokong kerja-kerja penambahbaikan dan pembangunan kemudahan yang dapat dimanfaatkan oleh masyarakat setempat.

Dalam masa yang sama, Team KOMRAT turut menyampaikan serahan jersey serta barangan sukan berupa bola sepak kepada pasukan Chicago FC. Sokongan seperti ini diharapkan dapat memberi semangat kepada anak-anak muda untuk terus aktif dalam aktiviti sukan dan riadah, di samping menggalakkan semangat kerjasama, disiplin dan persahabatan dalam kalangan belia.

11
12
MUKA SURAT 13 - GALERI PROGRAM

GALERI PROGRAM

TEAM SERVE KOMRAT | KAMPUNG NGOR

TEAM SERVE KOMRAT | KAMPUNG NGOR

24 September 2026 | 3.00 Petang
Kampung Ngor

Alhamdulillah, satu lagi permasalahan penduduk setempat telah berjaya diselesaikan. Susulan aduan berhubung pokok dan akar yang mengganggu bahagian tepi jalan serta menjalar berhampiran tiang dan wayar elektrik, kerja-kerja berkaitan telah dilaksanakan bagi mengurangkan risiko dan memastikan keadaan kawasan sekitar lebih selamat.

13
14
MUKA SURAT 15 - GALERI PROGRAM

GALERI PROGRAM

Baik Pulih Rumah

22 September 2026
9.30 Pagi
Kampung Bendang Selinsing

Alhamdulillah, satu usaha baik pulih bumbung rumah telah dilaksanakan di Kampung Bendang Selinsing bagi memastikan kediaman penduduk berada dalam keadaan lebih selamat, selesa dan terpelihara. Kerja-kerja ini melibatkan pembukaan serta pembuangan bumbung zink lama dan siling, termasuk kerja-kerja pembersihan tapak bagi menyediakan ruang untuk proses pemasangan baharu.

15
16
MUKA SURAT 17 - GALERI PROGRAM

PROGRAM MADANI

PROGRAM HI TEA WANITA

18 September 2026
3.00 Petang
Tapak Pasar Malam Taman Seri Permai

PROGRAM HI TEA WANITA

Alhamdulillah,berkesempatan bersama-sama dalam Program Hi Tea Wanita yang telah berlangsung pada 18 September 2026, jam 3.00 petang di Tapak Pasar Malam Taman Seri Permai.

17
18
MUKA SURAT 19 - GALERI PROGRAM

GALERI PROGRAM

Konvoi Hari Malaysia & Ziarah Kasih

18 September 2026
10.30 Pagi
Padang Rengas
Konvoi Hari Malaysia & Ziarah Kasih

Alhamdulillah, saya berkesempatan menyertai Konvoi Hari Malaysia & Ziarah Kasih bersama Dato Haji Mohd Zakuan, Pengarah ICU JPM dan Encik Alias, Penghulu Mukim Kampung Buaia. Program ini menjadi ruang untuk menyemarakkan semangat Hari Malaysia di samping mendekati masyarakat setempat.

Kami turut menziarahi beberapa keluarga yang memerlukan serta menyampaikan bantuan berupa peralatan dan kotak makanan. Semoga bantuan yang diberikan dapat sedikit sebanyak meringankan urusan dan memberi manfaat kepada penerima.

Terima kasih kepada semua pihak yang bersama-sama menjayakan program ini. Semoga semangat prihatin, kebersamaan dan saling membantu terus diperkukuhkan dalam komuniti Padang Rengas.

19
20
MUKA SURAT 21 - GALERI PROGRAM

Sorotan Program dan Aktiviti

Penutupan Karnival Belia Madani & SUKBEL 2026

Detik-detik terpilih daripada Penutupan Karnival Belia Madani & Sukan Belia Padang Rengas (SUKBEL) 2026 — semangat, kebersamaan dan sukan komuniti Padang Rengas.

21
22
Kalendar Kami

Program & aktiviti komuniti.

Paparan kalendar dengan grid tarikh dan penanda aktiviti komuniti yang boleh dikemas kini dari semasa ke semasa.

OCTOBER 2026
AHAD
ISNIN
SELASA
RABU
KHAMIS
JUMAAT
SABTU
31 October 2026 · AKAN DATANG

KONGSOR TRAIL FUN RUN 2026

📍 Greenstone Campsite